Thursday, 28 May 2015

mati hidup semula!

Views


hmn yes memang nie yg aku rasa sekarang nie :( ya allah syukur sebab panjang umur lagi. i can't say with any word how gratefull i am. hmn, macam tertanya tanya kenapa kan? semalam aku accident, yes ACCIDENT :(  benda kedua yg paling ngeri dalam hidup aku, benda yang paling aku taknak sangat jadi, aku takut, aku hilang semangat since accident tue jd, rasa macam mental break down, aku diam, aku tak lalu nak makan, tangan aku menggigil and yang aku tau menangis for all day long. 


dulu time sekolah aku penah accident, tp aku naik moto. since tue aku takut nak naik moto and was like fobia. aku takut tengok orang yg naik moto yg bawak laju laju, aku takut :( kalau boleh aku nak elak dari naik moto. aku naik moto pun tak pernah naik jauh jauh and aku akan naik dengan orang yg aku yakin. Dulu time sekolah memang salah aku pun accident tue jadi sebab aku keluar simpang konon bajet macam lepas la, moto skuter aku hancur, sebab tue sampai sekarang nak keluar simpang aku takut, takut pisang berbuah dua kali. 


tapi apa yg aku takut tue jadi kenyataan :( ya allah! sedih hancur luluh hati bila tengok kereta aku hancur macam tue, actually tue kereta kakak, tp dapat kt aku kereta tue, so jd kereta aku la sebab aku yg bayar monthly duit kereta tue. nak jadikan cerita sebelum aku accident tue aku dah cakap kt mak aku, aku nak keluar hari khamis nak g matang jumpa buu ( gadaffi ) sebab aku dah janji dengan dia, kalau dia balik penang aku sanggup p kt dia jumpa dia ajak lepak, tp i don't know why semalam aku degil, nak jugak keluar. aku bosan kt rumah, aku nak keluar pergi beli contact lense aku, so aku ajak ika adik aku teman, benda nie jadi kt simpang rumah aku je, hmn ya allah menitik nitik air mata nie tak henti henti nanges :(


kali nie accident pun kt simpang jugakk :( aku takut nak keluar simpang, kalau siapa yg kenal aku semua orang akan tau yg aku memang takkan keluar simpang selagi jalan tak clear, tak pun aku akan cari alternative lain untuk lintas jalan, yes memang aku takut. aku serikk, traumaaa bila ingat dulu accident kt simpang, dats y aku takut. time kt simpang semalam, simpang area rumah aku memang susah nak nampakk sebab dia selekoh, so take time sikit, aku tunggu sampai jalan tue clear, tp lorry yg ada kt blakang aku terus keluar ke kanan aku and lorry tue terus lintas, kebetulan lorry yg dari arah kanan nak straight tp nak elak lorry yg lintas tue and tak perasan ada kereta aku kt sebalik lorry yg nak lintas tue, lorry tue tak sempat elak kepala dia tp nasib aku malang, belakang lory tue kena kereta aku, hancur semua depan kereta aku :( ya allah menggigil tangan aku sebab air radiator tangki lain semua pecah and silap silap boleh meletup. aku tak pikir panjang aku berhenti ke tepi tahan lorry tue, memang kalau kereta tue nak meletup boleh meletup sebab temperature dh naik, tapi lorry tue lari :( 

time tue aku tak fikir pun effect kalau still drive kereta yg dh hancur macam tue, aku pikir nak balik rumah bg tau abang and abah, memang semua tekejut. abang aku takkan lepas driver lorry tue, dia memag cari sampai dapat. hmn okay stop pasal lorry tue, sedih pedih hati bila ingat. nak tengok gambar kereta?











aku tengok pun ngeri, tambah la aku yg hadap benda nie :(  since benda nie jd, rasa macam aku totally lost, aku kt rumah tak banyak cakap, aku diam. aku tak lalu makan, aku tak boleh bila situation macam nie jd, aku kena take time nak addapt balik benda nie, aku rasa macam menyesal, menyesal keluar semalam, tp benda dah jd, aku tak boleh nak turn back benda nie jd macam dulu.


 "abah cakap : yes memang kalau aten tak keluar semalam aten takkan accident, tp kena ingat kalau dah tertulis yg aten akan accident kod mana pun tetap akan accident, tak hari nie esok accident, tak esok lusa accident. kita pun tak minta benda nie jd, takkan sebab benda macam nie nak depress, berkurung dalam bilik, takmau makan, sampai bila? kita tak boleh nak turn back the time, bila dah jd macam nie bersyukur ja sebab kena dengan lorry yg besar gedabak macam nie pun tak cedera teruk, nyawa lagi penting dari kereta. kita tak langgar orang tp orang langgar kita, jangan la sebab accident nie terus takmau bawak kereta, nanti nak kerja? nak belajar? sampai bila takmau drive? "


memang! semua cakap senang, tp yg rasa aku! yg tanggung aku, lorry weyh lorry? lorry kalau kecik aku tak heran, silap silap aku boleh terperosok bawah lorry yg besar tue, dia besar takpa la, takda effect, kita yg teruk :( fobia tau dak fobia! memang betul dah tertulis aku accident, kod mana pun akan accident, aku benci cina yg bawak lorry tue, manusia yg paling biadap aku pernah jumpa :( 
allah, tak tertanggung sakit yg aku rasa nie, down sangat! hmn, okay cukup kod cakap pasal accident tue, lg buat rasa stress. terbantut niat aku nak holiday bulan depan :( 


thanks untuk kawan kawan yg melawat td, terharu! macam tak sangka depaa nak mai, tp alhamdulillah lepas kena ceramah dengan kuzairi, kena bising dengan buu, dengar budak budak nie buat lawak hambar, kurang sikit rasa sedih tue, sayang hampa semuaaa *eee, sayang sikit jaa :D kuzairi cakap nak ajak p terengganu bercuti kt sana dengan mmbe mmbe yg lain, bercuti ramai ramai tp dia cakap aku kena berani bawak kereta macam dulu, ecehhhh! hihi 





sepatutnya gambar kuzairi pun ada, tp sebab dia kusyuk sembang dengan mak aku so sorry, elek pocci :P mak aku cakap " tue kira okay la tue jumpa kawan kawan dh boleh senyum boleh bercakap dengan orang, kalau tak, mukaa mencuka jaa kerja menangis "  siapa tak happy bila time jd macam nie jumpa kawan kawan. thanks semuaaaa. :*  tengok mata pun dah tau, bengkakk baru lepas menangis. hiks tp sekarang alhamdulillah okay sikit. aku kan KUAT! cewahh


takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

0 comments:

copyright by nurfatin khairul