Thursday 27 November 2014

malaysian typical -,-

Views


malaysian typical? pelik kan? eh bukan korang je yg pelik aku lagi la pelikk, serious sangat pelik. kadang aku pun tak faham perangai manusia nie, kenpa manusia suka judge seseorang tue dengan masa lampau bukan sekarang? semua orang ada hak untuk berubah, am i right? bukan nak tunjuk baik tp rasa kecewa gila bila kita berubah tp orang tak boleh terima, hmn hmn :( maksud aku? kalau aku bg dialog nie mesti korang faham maksud aku kan? tapi nama tue bukan nama sebenar *cewahhh bajet macam reporter pulak, HAHA

mirul : aten boleh tak nak jumpa kejap? ada hal lah nak cakap.
aku    : penting ke? tak boleh esok ke?
mirul : haah penting, kejap je. 
aku    : haa okay lah, bg 10 minit nak siap.
mirul : alah, kejap je tak payah la nak siap sangat.
aku    : kejap lah, nak iron tudung lg pakai tudung lg, sabar lah!
mirul : alahh, dulu boleh je keluar tak pakai tudung and now kenapa tak boleh? 
aku    : tue dulu, nak tunggu ke tak? kalau taknak sudah tak payah jumpa! bukan aku suruh datang -,-
mirul : hmn, yealaa cepat sikit.

faham tak maksud yg aku nak sampaikan tue? hmn sedih tau ada jugak manusia macam nie :( eh chup tp tue bukan nama betul and biarlah aku je yg tahu siapa orang tue. kadang aku rasa alahai kena ada sebab ke nak pakai tudung. Tahu tak macam mana susahnyaa aku mula mula nak start pakai tudung, yes weyh bertahun tak pakai lepas tue nak start pakai balik, dulu pak khairul selalu suruh aku pakai tudung and aku tak pernah nak dengar cakap dia, aku memang ketegaq sebab aku tak suka orang paksa aku, biar aku sendiri dengan rela hati nak pakai. Bukan setakat pak khairul je, orang lain pun selalu suruh aku pakai, tp dah aku tak bersedia, aku takmau bila aku pakai dengan tak rela lepas tue kejap je aku bukak balik, takmau la macam tue. 


sampaikan abah pun dah tak tau macam mana lagi nak paksa aku suruh pakai tudung, and pernah sorang nie cakap " boleh tak i nak u pakai tudung untuk i " aku tetap cakap, in syaa allah one day if im truly ready, i will. Tp aku pakai tudung bukan sebab terpaksa, and takda sorang pun yg paksa, tp hati aku sendiri yg rela nak pakai, tak sampai setahun lagi aku pakai tudung dah macam macam orang cakap,haih manusia manusia. Dulu bila tak pakai tudung orang asyik suruh pakai, and now bila dah pakai boleh pulak suruh bukak, tak kesha lah depan rumah ke apa, tetap aku pakai sebab aku memang niat nak pakai, kalau aku boleh hormat orang kenapa orang tak boleh hormat keputusan aku.


kalau sekali dua boleh terima, tapi nie macam melampau lah! aku delete semua gambar yg tak pakai tudung, semua social network takda satu pun gambar free hair, termasuk dekat phone mmbe membe, so as i wish, hormat keputusan aku, tak perlu sebab kenapa aku buat macam nie,  tolong support aku, jangan patahkan semangat aku! bukan berlagak alim, tapi cuma nak ingatkan, kalau takmau kawan sikit pun aku tak heran okay, tak rugi pun kalau hilang kawan macam tue. aku pernah nak kerja kt satu tempat nie sebab membe aku yg suggest, part time modeling, gaji semua okay tp satu je dy nak bukak tudung, eh eh macam nie pun ada, memang taklah aku nak terima. 



takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

Tuesday 25 November 2014

wuu, dah selasa :D

Views



busy sangat sampai takdak masa nak update blog, mahu taknyaaa sampai penang hari sabtu and then aku qadaa balik tidur aku yg tergendalaaa time kt bangi. Mak aku pulak jenis tak bg anak anak dia bangun awal, yes pelik kan? haa, serious tak tipuu, tambah tambah aku pulak, aku jarang balik rumah and it was a specialty for me bila aku balik je anything that i request in syaa allah dapat. So bilaa pagi pagi aku bangun tidur, aku dah biasa bangun awal p class so bila balik rumah aku kadang kadang automatik bangun sendiri around 9 am, kalau bg mak orang lain konfem dah kena bebel, tp mak aku siap cakap macam nie lg " laa awalnyaa bangun, tidur la dulu. tengah hari bangun " first first expression aku mesti aku tarik mukaa, yea laa mak nie perli kaa apaa, tp bilaa dah lama lama memang dia macam tue. yes dia tak ajar anak dia bangun awal awal, HAHAHA pelik tp benar tp aku pulakk kalau aku balik dari bangi dalam dua tiga hari je aku bangun lambat, lepas tue tidur pun dh stabil mak tak bg bangun awal pun aku tetap akan bangun. 


eh tapi aku bukan busy sebab tidur je okayyyy! haaa, tak baik pikiaq negative, aku busy berjalan. HAHAHA yes aku nie jenis tak reti nak duduk rumah and bila aku duduk rumah aku rasa macam haihh, something wrong with me, aku kena juga keluar tak kesah lah ronda ronda taman ke or window shopping, even aku tengah pokai pun aku tetap akan keluar, HAHAHA sebab aku cepat bosan. So memandangkan aku dah pun habis diploma aku and in syaa allah takkan jejakkan kaki kt bangi untuk repeat balik paper, hihi aku terpaksa lah bawak balik semuaa beg beg aku yg macam dah lari rumah tue, bayangkan, first register 1 beg roda 1 beg biasaa, bila dah habis sem, 1 beg roda 5 beg biasaa, aku pun pelikk and tak faham, setiap semester macam tue sampaikn kereta pak khairul yg besar tue pun tak muat nak letak beg aku, tue baru beg, belum lg carpet, conforter, bantal yg sampai 3 4 biji, cermin, HAHAHAHAA geleng kepala bapak aku dapat anak perempuan macam nie, alahh tue normal lah kan? semua orang perempuan macam tue, HAHA takpa abah lepas nie aten nak buat degree dekat sini je so takdak lah kod barang banyak banyak macam tue, *elehh konon jelaa


so kesimpulannya sekarang, hari nie dah selasa. yes! tak sabar weyh serious tak sabar nak tunggu jumaat nie. wuuuu :D  benda paling aku excited skali bila aku nak jumpa membe membe lama, alahai rindu kod, berapa tahun tak jumpa and now nak buat reunion mesti lah aku excited :D cuma satu ja aku harap, hari jumaat tue hari paling bermakna untuk aku, and aku harap takda benda yg boleh buat mood aku spoil sebab aku takmau rosakkan hari paling bermakna tue, so please! aku cuma harap hari tue cuma untuk reunion bukan untuk gaduh or perang or what, anggap je takda masalah and anggap je kita semuaa kawan yg dh lama tak jumpa, gittewww! AHAHAH publisiti sangat ayat.

pape pun tahniah fatin izzaety sebab dah jadi isteri orang, dulu hg selalu cakap kalau aku kawen hg nak jd pengapit aku, tp sekarang hg kawen dulu and nanti siapa nak jd pengapit aku? hmn, takpa lah, takdak rezeki aku cari orang lain lah jawabnyaa, HAHAHA tp please doakan aku bg cepat naik pelamin macam hg and dapat jodoh cepat, nie calon takdak lg cemana nak naik pelamin. haaa mana tauu kan p kenduri hg nie boleh amik berkat. HAHA

penat oh menaipbila lama tak menaip lepas tue sekarang start balik menaip rasa macam takdak ideaa, tp aku tetap jugak nak menaip walaupun kelautt. HAHAHA tp tak boleh la nak cerita panjang, letih keluar berjalan tak hilang lg, so GOODNIGHT, muahh muahh muahhh!


takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

Monday 24 November 2014

rindu oh rindu :)

Views


hari nie dah 24hb, tak sabar nak tunggu jumaat nie. rindu weyh rinduu. rindu nak lepakk macam dulu, gelak gelak gosip gosip macam dulu. jumaat nie kita lepakk puas puas tau, rinduu nak duduk kt tepi laut matang macam dulu. gelak gelak sambil makan ais kacang, 

tapi sebelum tue tahniah kawan dah jadi isteri orang dah pun, rasa macam baru je lagi kita sembang pasal sapa kawen dulu dalam geng kita, tuptup kawan yg aku rapat kawen dulu, hiks! tahniah fatin izzaety, kalau hg tak kawen mesti kita tak boleh nak lepak kan, yealaa aku pulak dah pindah lepas tue 3tahun kt bangi balik rumah pun jarang jarang, haa sekarang sampai bila bila aku kt penang, tp kalau dah jodoh aku cepat, orang masuk meminang cepat, aku terimaa jaa. HAHAHA janji kawen tak kesah lah dengan orang selatan ka, pantai timur kaa, tak kesah,  HAHAHAHA 

takpaa, jodoh hg sampai dulu, aku pun tumpang happy. tapi lepas nie takda dah la nak macam dulu, perangai hg pun kena lah behave sebab dh jadi bini orang kan? HAHAHA sabtu nie kita buat reunion balikk ramai ramai, sumpah weyh aku tak sabar gilaa nak jumpaa hampaa semuaa. tidur pun tak lenaa oh, HAHA punyaa rinduu.

dia umur 20 dah kawen, aku nie bila lagi? asyik p kenduri orang ja, bilaa la nak rasa kenduri sendiri pulak. *mengadaaaa! cari calon dulu baru boleh pikiaq nak kawen* tp time dia akad nikah minggu lepas aku tak boleh p, hmn hmn kalau tak mesti aku dh boleh tengok dia makeup tengok dia naik pelamin, wuuu untungnyaa lahai kawen muda. HAHAHA 

tp kalau aku bg lah aku dapat pegang degree ka master ka baru nak pikiaq pasal kawen, at least aku boleh independent sendiri tanpa guna duit mak abah, at least aku boleh cari duit dengan usaha aku sendiri. 



takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

Wednesday 19 November 2014

Views



Kau tahu kuat tue apa? Kuat tue bila kau terpaksa pura pura yg kau okay tp kenyataannya kau lansung tak okay. Tapi kau gagahkan jugak untuk orang orang sekeliling kau. Kau butakan mata kau kau butakan hati kau kau pekakkan telinga kau semata mata nak jaga hati orang yg kau sayang. Kadang tue kau rasa "kenapa kau nak kena jaga hati orang sedangkan dorg layan kau macam sampah?" Nak tahu kenapa? Bg aku takkan sebab seorang manusia aku nak kena meroyan, oh please!  Thats not me and im not like that :)


Aku kuat sebab aku ada orang orang yg lagi baik kt dunia nie yg selalu ada untuk aku bila aku susah bila aku perlu. Kalau nak ikutkan hati memang aku sakit memang aku terlukaa tp biarlah aku je yg tanggung! Aku malas nak besarkan cerita. Dh besar weyh dah boleh pikir baik buruk. Aku belajar 3tahun kt sini and i feel everything. Dulu boleh lah nak meroyan nak meraung bagai but not at the age. Sekarang aku nak nak live the life, biarlah apa orang nak cakap. Orang tak pernah nak fikir perasaan kita and kenapa kita buat semua tue, yg orang tau just keep blaming and keep accusing each other. 

Aku tak pernah cakap aku baik tapi pengalaman yg aku dapat tue yg buat aku kuat and aku berani terima kenyataan. Kemon hidup nie bukan nak sedih je, kata live the life so enjoy lah. Aku vuma boleh berharap dia berubah and terus berubah jd baik, manusia nie matang bila dia boleh pikir baik buruk tp ada jugak yg matang tp still tak boleh pikir baik buruk sebab? Dia buat keputusan dengan ego bukan akal. 

Orang yg belajar tinggi pun tetap ada bodohnya, trust me! Takda orang yg sempurna dalam dunia nie so stop talking like that. Kalau kau belajar tinggi tinggi tp otak kt kepala lutut baik kau buang je diploma kau buang je degree kau kt longkang takpun campak je memana, kadang aku rasa alahai sempurnanya kau sampaikan kau mengata orang itu ini, kau aibkan orang, dulu time sekolah takda ke cikgu cakap sakitkan hati orang dalam diam pun dah kira berdosa nie kan pulak terang terang. Tak payah la nak mengata malukan orang, kalau tak puas hati cakap je depan depan :)

Takpa aku cuma bersyukur kita kenal sampai sini je and allah dh buka mata aku yg aku tak patut kawan dengan kau, banyak buruk dari baiknyaa. Penat weyh penat jaga hati orang nie, aku bertahan pun sebab aku rasa orang sekeliling aku lagi penting, setakat orang macam kau alah pejam mata je, aku tak menyesal kenal kau tp aku kecewa kenapa perangai kau tak matang nak buat keputusan 


takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

Tuesday 4 November 2014

Goodluck!

Views


Haaa, sehari dua kali update. Amboyy kemain kan? Taklahh actually aku nak wish kt nenek goodluck. Kang kalau aku post kt fb karang ayat panjang panjang ada pulak yg deengki mengutukk, alah biasaa la orang deengki memang selalu macam tue! HAHAHA sajaa kali nie aku tukar nama blog tukar link blog sebab apa? Sajaa nak suruh stalker aku tue cari sendiri blog aku. Maklumlaa nak search kt facebook tak boleh sebab kena block, kt twitter aku dh delete link so pepandai sendiri, tapi maaf ler sebab semua post aku yg lepas lepas aku dh delete tak payah la eh nak cari sebab memang takkan jumpa, hiks :D 

Dear nur zulaikha bt khairul qamar, ee susah la nak sebut nama budak nie and tak sukaa, HAHAHA nak jugak aku panggil adik aku nenek, yes nenek, hiks kenapa nenek? Sebab dulu aku dengan dia selalu gaduh and kalau gaduh konfem perang sampai tahap tarik rambut semuaa, betul tak tipuu. Sampaikan dulu nak dengar nama dia pun takmau sebab menyampahh. HAHAHA tp sekarang she's everything for me. Aku sayang semuaa adik adik aku, muahh

Esok paper mathematic kan? Please buat yg terbaik sebab dats was my fav subject. Ingatkan apa yg abah selalu pesan? Belajar tue pun sebahagian dari ibadah, tak rugi pun kalau kita belajar sebab tue untuk masa depan jugak, kan? One more thing, ingat nie sampai bila bila, kalau kita ikhlas terhadap sesuatu benda in syaa allah apa yg kita usaha tue allah akan tolong, so please ikhlaskan hati untuk belajar, buktikan kt semua orang yg eyka pun boleh berjayaa. Trust me!

Please buktikan kt semua orang terutamanya your brother, prove it to him that you're much more better than ! Stop worrying what people says, hidup hg so hg yg kena decide wether your life is better or not. Eykaa belajar nie tak rugi pun, kalau rajin cerah la masa depan. Aku tak la pandai sangat macam kakak yana, contoh dah ada depan mata, tengok kakak pun dh cukup lah, she deserve all this, life dia semuaa. Sebab apa? Sebab dia usahaa untuk dapat semua nie. 

Kalau aku kt penang, kt rumah sekarang aku takkan buat karangan panjang panjang macam nie, hahaha tp sebab aku takda kt rumah and aku tak jumpa hg so aku pun tulis benda nie semua and i know you not read this sebab busy dengan mentelaah buku kononnyaa, haha takpaa tp im very sure that someday u will read this and cryingg like idiot, HAHAHA mesti kalau orang baca orang akan fikir ee jahatnyaa kakak dia nie, eh im not like that! Orang yg kenal aku tau aku cemana, aku nie baik tau, haa aku memang dilahirkan suka menyakatt orang. Tp nenek mana penah touching dengan aku, aku panggil dia nenek pun dia buat buat dangg je, sahut je bila aku panggil. Kena marah la cemana pun dengan aku, tarik rambut bagai *itu dulu lah* nak jugak pelok aku sayang aku, HAHA kalau aku lama tak balik penang and bila jumpaa terjeritt jeritt, rindu lah apa lah, haa dats mean aku nie kakak yg baik. Cuma satu jelaa aku tak suka dengan perangai adik adik aku nie, pantang kalau keluar bertigaa kopakk poket aku, tue nak nie nak tp yg bayarnyaa aku, bukan mak bukan abah. Nasib lah kakak nie sayang kt adik adik dia, ikut je apa yg dua ekoq nie nak. Bila pegi kedai, aten nak nie boleh aten nak tue boleh, haihh kalau dengan abah tak berani pun nak minta -,- 

Eykaa, aku nak tolong hg tak boleh sebab aku bukan budak sains and aku tak pandai langsungg bab sains nie, serious talk aku tak suka membacaa tapi kalau bg aku mengiraa haa bg sepuluh subject mengiraa pun aku suka. Aku budak account so kalau nak tanya pasal math ke boleh la bantu tp not add math, HAHHA eh td kta suka yg mengiraa, dh tue bila add math taknak pulakk. Masalahnyaa aku dulu time class add math memanjang skip class sebab cikgu add math aku cina so aku cepat menguapp and end up aku tak faham satu hape pun so sorry kalau bab add math, kalau account yes i do :D 

Btw goodluck in your SPM my dear, ingat nie baru SPM belum lg diploma or degree, jauh lagi perjalanan hg. Aku nak sangat tengokk semua adik adik aku berjayaa, aku nak semua anak anak pak khairul berjayaa and boleh buat parents kita senyum. SPM tue cuma first stage untuk berjayaa.  So goodluck again baby :*


takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

Kenangan!

Views
Bila cakap pasal kenangan mesti semua ingat putus cinta lettew! Eh sorry sikit, buat penat je nak cakap pasal cinta, nanti kang ada pulakk yg mengataa kt twitter, oups! Eh kenapa? Nak mengutuk lagi? Peduli apa aku, kalau semua pasal hidup aku nak amik tahu nak mengataa maknanya kisah hidup aku lagi menarik dari hidup korang la kan? Oupss! Sentapppppp. Actually sajaa nak bg haters aku nie sakit hati, biasalaa aku nie banyak sangat saingan sampai luar dalam hidup aku pun nak amik tahu. HAHAHAHA

Okay kenapa denGan kenangan? Hmn, aku rinduu weyh nak pegi class balik nak lepak macam dulu balik, serious rindu! Kalau sebelum nie tengah tengah malam kalau aku lapar aku bosan, mesti aku call kak bella ajak lepak ajak teman pegi makan but now nak lepak pun susah kalau balik rumah :'( * haaa padan lah sapa suruh pindah jauh jauh :( * eh sorry aku pun tak ingin la pindah tp takkan aku nak duduk kt batu maung sorang sorang, memang taklah kan? 

Tapi aku bukan rindu kak bella je, paling rindu akem dengan naili. Haaa rinduu weyh rindu! Bayangkan kalau tiap hari kt class mesti aku selalu kena bahan, kalau tak aku yg kena mesti akem yg kena kalau bukan akem mesti naili yg kena. Yes cuba bayangkan baru sehari tak jumpa aku dengan nai dh whatsapp tnya kt mna. Dh lah selalu cakap aku nie homesick, kalau aku gelakkan klau akem kena bahan mesti dorg ckp ceni "aten, behave sikit. Tak baik lah gelakkan orang centu" HAAHHA aku kalau dh gelak peduli apa sopan ke tak keluar terus suara jantan haa amikk kau. Hari tue lecturer aku salah panggil nama khai, nama dia khairizal tp lecturer aku panggil khairudin, sumpah aku cakap aku gelakk sampai tak ingat dunia, HAHAHA lepas tue khai kt belakang aku cakap ceni "amboyy sukanyaa, aten behave sikit" dh dia cakap centu lg lah aku gelak nk diam lg, lepas tue kali kedua dy tegur aku lg "aten, stop it. Tak baik lah gelakkan khai centu" HAHAHA NK nak berenti gelak tak boleh so aku gelak pelan2 jelaa. Sorry khai! HIKS Serious aku cakap dorg memang boleh dibuat kawan sebab we share everythingg. Every day ada je yg di sharekan! Hari tue last class semua orang kena submit assignment before pukul5, lepas tue si akem nie boleh pulak tak tahu and last minute ajak aku dengan nai teman pegi print, HAHAHAHA aku rasa kalau girlfriend dia tahu nie mesti berbulu je rasaa, mahu taknyaa dalam phone dia penuh gambar aku dengan nai je, AHHAHA lepas tue tiap hari melepakk, eh takde la tiap hari kadang kadang je, hiks

Last week kod, kan ada horror movie yg baru keluar tajuk "ouija" kan? Haa akem pegi tengok lepas tue esok dia cite kt aku, bapakk ah menjerit jerit kalah prempuan dia nie, HAHAHA aku tanya seram ke dia cakap seram kalah annabelle kalah conjering kalah semua cite yg aku tengok. Yg aku nie pulak  susah sikit nak menjerit tengok cita hantu tp sebabkan akem cakap cite tue seram aku pun pegi la tengokk, bapakkk ah memang sumpah seram, sampai terbaLing pop corn oh! Memang esok tue kena bahan ah dengan budak budak nie, hahahaha

Satu je aku respect budak lelaki class aku nie, dorang nie sopan sangat. Aku tak pernah lagi la dengar dorang mencarut cuma certain 2 orang tue je yg biadap. Tp yg lain tue, alahai sejuk perut mak korang dapat anak macam nie. HAHAHA sorry guys aku dengan nai memang suka menyakat orang and i dont know how to being silent. HAHAHA sampaikan hari tue si khai cakap " betul lah cakap harith iskandar, perempuan nie dalam sehari akan bercakap lebih dari 200 000 word for a day" ceittt! Amboyy terasaa oh, start tue terus kami dua diam, AHHAHAA

IM GONNA MISS YOU GUYS A LOT!  Ikutkan hati nak letak gambar dorang nie tp menaip pakai ipad so takdak gambar dorang, macam banyak reja nak buat nak transfer gambar bagai. HAHAHA ceh aten memang pemalas so no wonder lah kalau dia cakap takmau buat. HAHAHA 


takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

"/>
copyright by nurfatin khairul