Thursday 28 May 2015

mati hidup semula!

Views


hmn yes memang nie yg aku rasa sekarang nie :( ya allah syukur sebab panjang umur lagi. i can't say with any word how gratefull i am. hmn, macam tertanya tanya kenapa kan? semalam aku accident, yes ACCIDENT :(  benda kedua yg paling ngeri dalam hidup aku, benda yang paling aku taknak sangat jadi, aku takut, aku hilang semangat since accident tue jd, rasa macam mental break down, aku diam, aku tak lalu nak makan, tangan aku menggigil and yang aku tau menangis for all day long. 


dulu time sekolah aku penah accident, tp aku naik moto. since tue aku takut nak naik moto and was like fobia. aku takut tengok orang yg naik moto yg bawak laju laju, aku takut :( kalau boleh aku nak elak dari naik moto. aku naik moto pun tak pernah naik jauh jauh and aku akan naik dengan orang yg aku yakin. Dulu time sekolah memang salah aku pun accident tue jadi sebab aku keluar simpang konon bajet macam lepas la, moto skuter aku hancur, sebab tue sampai sekarang nak keluar simpang aku takut, takut pisang berbuah dua kali. 


tapi apa yg aku takut tue jadi kenyataan :( ya allah! sedih hancur luluh hati bila tengok kereta aku hancur macam tue, actually tue kereta kakak, tp dapat kt aku kereta tue, so jd kereta aku la sebab aku yg bayar monthly duit kereta tue. nak jadikan cerita sebelum aku accident tue aku dah cakap kt mak aku, aku nak keluar hari khamis nak g matang jumpa buu ( gadaffi ) sebab aku dah janji dengan dia, kalau dia balik penang aku sanggup p kt dia jumpa dia ajak lepak, tp i don't know why semalam aku degil, nak jugak keluar. aku bosan kt rumah, aku nak keluar pergi beli contact lense aku, so aku ajak ika adik aku teman, benda nie jadi kt simpang rumah aku je, hmn ya allah menitik nitik air mata nie tak henti henti nanges :(


kali nie accident pun kt simpang jugakk :( aku takut nak keluar simpang, kalau siapa yg kenal aku semua orang akan tau yg aku memang takkan keluar simpang selagi jalan tak clear, tak pun aku akan cari alternative lain untuk lintas jalan, yes memang aku takut. aku serikk, traumaaa bila ingat dulu accident kt simpang, dats y aku takut. time kt simpang semalam, simpang area rumah aku memang susah nak nampakk sebab dia selekoh, so take time sikit, aku tunggu sampai jalan tue clear, tp lorry yg ada kt blakang aku terus keluar ke kanan aku and lorry tue terus lintas, kebetulan lorry yg dari arah kanan nak straight tp nak elak lorry yg lintas tue and tak perasan ada kereta aku kt sebalik lorry yg nak lintas tue, lorry tue tak sempat elak kepala dia tp nasib aku malang, belakang lory tue kena kereta aku, hancur semua depan kereta aku :( ya allah menggigil tangan aku sebab air radiator tangki lain semua pecah and silap silap boleh meletup. aku tak pikir panjang aku berhenti ke tepi tahan lorry tue, memang kalau kereta tue nak meletup boleh meletup sebab temperature dh naik, tapi lorry tue lari :( 

time tue aku tak fikir pun effect kalau still drive kereta yg dh hancur macam tue, aku pikir nak balik rumah bg tau abang and abah, memang semua tekejut. abang aku takkan lepas driver lorry tue, dia memag cari sampai dapat. hmn okay stop pasal lorry tue, sedih pedih hati bila ingat. nak tengok gambar kereta?











aku tengok pun ngeri, tambah la aku yg hadap benda nie :(  since benda nie jd, rasa macam aku totally lost, aku kt rumah tak banyak cakap, aku diam. aku tak lalu makan, aku tak boleh bila situation macam nie jd, aku kena take time nak addapt balik benda nie, aku rasa macam menyesal, menyesal keluar semalam, tp benda dah jd, aku tak boleh nak turn back benda nie jd macam dulu.


 "abah cakap : yes memang kalau aten tak keluar semalam aten takkan accident, tp kena ingat kalau dah tertulis yg aten akan accident kod mana pun tetap akan accident, tak hari nie esok accident, tak esok lusa accident. kita pun tak minta benda nie jd, takkan sebab benda macam nie nak depress, berkurung dalam bilik, takmau makan, sampai bila? kita tak boleh nak turn back the time, bila dah jd macam nie bersyukur ja sebab kena dengan lorry yg besar gedabak macam nie pun tak cedera teruk, nyawa lagi penting dari kereta. kita tak langgar orang tp orang langgar kita, jangan la sebab accident nie terus takmau bawak kereta, nanti nak kerja? nak belajar? sampai bila takmau drive? "


memang! semua cakap senang, tp yg rasa aku! yg tanggung aku, lorry weyh lorry? lorry kalau kecik aku tak heran, silap silap aku boleh terperosok bawah lorry yg besar tue, dia besar takpa la, takda effect, kita yg teruk :( fobia tau dak fobia! memang betul dah tertulis aku accident, kod mana pun akan accident, aku benci cina yg bawak lorry tue, manusia yg paling biadap aku pernah jumpa :( 
allah, tak tertanggung sakit yg aku rasa nie, down sangat! hmn, okay cukup kod cakap pasal accident tue, lg buat rasa stress. terbantut niat aku nak holiday bulan depan :( 


thanks untuk kawan kawan yg melawat td, terharu! macam tak sangka depaa nak mai, tp alhamdulillah lepas kena ceramah dengan kuzairi, kena bising dengan buu, dengar budak budak nie buat lawak hambar, kurang sikit rasa sedih tue, sayang hampa semuaaa *eee, sayang sikit jaa :D kuzairi cakap nak ajak p terengganu bercuti kt sana dengan mmbe mmbe yg lain, bercuti ramai ramai tp dia cakap aku kena berani bawak kereta macam dulu, ecehhhh! hihi 





sepatutnya gambar kuzairi pun ada, tp sebab dia kusyuk sembang dengan mak aku so sorry, elek pocci :P mak aku cakap " tue kira okay la tue jumpa kawan kawan dh boleh senyum boleh bercakap dengan orang, kalau tak, mukaa mencuka jaa kerja menangis "  siapa tak happy bila time jd macam nie jumpa kawan kawan. thanks semuaaaa. :*  tengok mata pun dah tau, bengkakk baru lepas menangis. hiks tp sekarang alhamdulillah okay sikit. aku kan KUAT! cewahh


takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

Monday 18 May 2015

bertudung sebab niat :)

Views

orang selalu cakap kt aku " eh bila start pakai tudung ?" hmn hmn rasaa macam nak sengeh sambil buat muka jaa jawab HAHAHA ya ampunnnnn dah berkurun dah kod aku pakai tudung, nampak sangat tak pernah buat research pasal aku! cewahhhhh HAHAHA berlagakk artiss gilaa. so lepas nie sebelum nak tanyaa tue buat research dulu eh :P HAHAHA


aku start pakai tudung, takde la lamaa sangat and nak kata baru pun takde la baru sangat boleh laaa sebab baru setahunn and hari nie cukup setahun aku start bertudung, ALHAMDULILLAH! doa aku termakbul jugak nak pakai tudung tak buka buka dah, hiks eh tapi bukan nak kata laa, dari sekolah sampai tahun lepas aku tak pakai tudung, pakai tudung pun time kt skolah jaa, so bila orang paksa paksa suruh pakai tudung, aku buat danggg ja :D HAHAHA tak payah cakap boyfriend paksa, pak kerol paksa aku pun aku buat dangg jugakk, nampak sangat ketegaqq!


bagi la sepuluh orang pun pujuk aku, memang tak layan, aku nanti cakap " in syaa allah one day! "  yg tue ja aku bole jawab, aku ingat lagi tiap kali nak keluar rumah pak kerol mesti cakap ceni,  "payung mana payung? " aku nanti sengeh macam kerang busuk lepas tue keluar macam tue, HAHAHA jahat gilaa aku dulu :D HAHAHA mak aku pulakk jenis tak kesah, dia tak pernah halang apa yg anak dia nak buat, tp make sure benda tue tak kecewakan dia laa, dia siap cakap lagi kt pak kerol " alah, tak payah paksa, percayalaa one day dia sendiri yg akan bertudung " yes mak aku memang sangat sporting, dia yg selalu cover line aku, HAHAHA even aku kantoi keluar dating time sekolah dulu pun dia yg back up aku. HAHAHA oups! thank you mak for being understanding mother in my world, I LOVE YOU! tp siapa yg kenal mak aku akan tau sporting dia tue macam manaa. hihihi

kalau pak kerol tegur pun aku tak layan tambah pulak pakwa aku, dah sah sah la aku lg buat taktauu. HAHAHA dah nama pun ketegaqq. tp ada satu hari tue, i dont know why, time tue kt bangi aku bangun pagi nak pergi beli nasi lemak, actually takde la pagi sangat dh nak tengah hari dh pun, HAHAHA haa sebelum keluar tue tanpaa sedar aku terus amik tudung and then aku terus pakai, tak sedar pun sebenarnyaa, bila dah balik bilik tue baru terpikir eh sejak bila aku pakai tudung, and perasaan tue rasa macam haa better aku terus jelaa pakai, bilaa lg nak pakai kan, mungkin mak tak pernah paksa aku tp dia selalu doakan aku suruh berhijab, start tue aku beli tudung bawal tue sampai 100 helai yg berlainan warna, AHAHAHAHAH lawakkk weyh tue pun aku still ckp takda tudung, HAHHAA 

start dari tue semuaa gambar tak pakai tudung semuaa aku delete, kt instagram, kt twitter kt facebook semuaa aku delete, its time to be a new noor fatin, cewahh! baju pun aku dah start shopping baju lengan panjang. yes tue perubahan aku yg buat mak dengan abah bangga. tp mungkin aku nie old skull sikit sebab aku tak reti pakai shawl, weyhhh sumpah aku rasaa macam badut terlepas zoo kalau aku pakai wide shawl ka apa kaa, memang tak elokk! HAHAHA aku pun ngeri tengokk. hahhaa
biar laa nampak macam kampung ka apa kaa, janji bawal kangaroo tue senang nak jd n aku rasa cantik pakai tudung bawal. HAHAHAHA eee gedikkk punya jawapan! 

tp thanks sangat sebab orang kt sekeliling aku selalu ingatkan aku untuk pakai tudung, tambah tambah syazwan, dari dulu sampai sekarang sentiasa paksa suruh pakai tudung and tak penah penat pun nak paksa aku suruh pakai tudung.  tp aku pakai tudung bukan sebab orang paksa, tp sebab aku sendiri yg niat nak pakai.


takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

Monday 9 February 2015

cukup sebulan :D

Views

alhamdulillah, pejam celik pejam celik cukup sebulan aku kerjaa :)  kalau ikutkan hati nakk jaa aku cepatkan masaa, biar aku habis cepat cepat practical, HAHA tue pun kalau boleh laa. kenapa ? hmn hmn, kadangkan aku terpikir kenapa aku pilih haluan nie untuk capai cita cita aku, tp kadang aku tauu Allah dah tetapkan yang terbaikk untuk aku, buat apa nak menyesal sedangkan aku dah separuh jalan, kan? 

practical dekat iznan & associate, not bad. cuma a bit stress laa, yes kerjaa account nie memang kayaa banyak duit tapi penat letih semua ada. tp tue bg aku laa, aku tak boleh banyak sangat fikir, stress sangat nanti mesti migrain, bila migrain mulaa la nak sentot :P tp tak semuaa kerja account stress, kalau kerja kt tempat aku, audit firm memang stress sebab aku kena buat account, buat audit, buat tax untuk company orang, so risiko stress tue memang tinggi, yelaa mahu taknyaa kita tolong buat account untuk orang, and then bila kita call orang tue minta document la, minta semua gaji pekrja la, minta semuaa la yg kena mengena dengan bisness orang tue, orang tue boleh pulak buat buat lupa laa, lepas tue minta tangguh -,- haihh kalau nak buat account tue sehari dah boleh siap takpa, tak kalot. nie berbulan kod baru nak siap, tue baru account belum lg audit. haa tue maksud stress bg aku.

tp kalau kita kerja dekat company biasaa, stress tue memang stress cuma tak banyak macam kerja dekat audit firm nie. sebab? yelaa kita cuma buat account untuk company kita ja, bukan company orang, so semua yg kita nak adaa, and cuma kena key in masuk dalam komputer ja, document semua kita tau, so hujung bulan dah boleh siap sebab nak tutup account. yes tue maksud aku.

so bg sapa2 yg suka kerja account yg mencabar otak semua nie, boleh la kerja kt audit firm. tp kalau orang macam aku nie, kena kerja kt tempat biasa jaa, sebab aku tak boleh terlalu stress. HAHAH cehh mengadaa sangat. tp memang betul pun, aku study mana ada study nak tengok buku sangat, aku kena try faham sebab aku aku asyik hafal tengok buku aku cepat stress, lepas tue apa pun tak masuk dalam kepala otak. HAHAHA

tp alhamdulillah, sebulan aku kerja dah banyak sangat pengalaman aku dapat. dari aku tak tau apa langsung now aku dah reti sikit nak buat account, so lepas nie boleh la kira bajet untuk diri sendiri, so takdak la boros sangat kod :D AHHAHA  tapi yg bestnya kerja dekat tempat aku nie, masuk kerja pukul9, tp pukul 9 belum lg start buat kerja, pukul9 tue la nak p breakfast, nak p makan bagai, AHHAHA lepas tue lunch hour pukul1 sampai pukul 2, pukul 1 tepat dah keluar makan, tp pukul2 tak habis makan lg, tepat pukul2 time tue la nak p surau nak solat :D HAHAHA pukul 3 baru nak start kerja, lepas tue pukul5.30 balik. HAAA heaven kod :P

then setiap hari jumaat, mesti ada baca yasin, selalunya baca yasin pukul10 centu, lepas baca yasin wajib ada jamuan makan makan, so maknanya pg buat kerja sampai pukul10 ja, lepas tue pukul10 sampai pukul12 pakat dok makan, buat kerja sejam, pukul1 sampai pukul2.30 lunch, haaa siap boleh p shopping lg, maklum laa belakang office shopping mall pulakk, memang kesitu laaa lepaknyaa. dalam banyak banyak hari jumaat la paling heaven, duit save, lepas tue boleh jalan jalan lg, HAHAHAA 

sepanjang aku practical kt sini, baru 3 kali aku ikut boss p meeting, SUMPAH bosan! sangat bosan weyh tp tempat meeting bukan kt office tp kt hotel kod :D HAHAHAHA yg paling best kalau dapat ikut boss p meeting sebab dapat makan sedap sedap, weyhhh tak tipuu memang heaven kalau dapat makan nie, aku taktau aku nie belaa apa, tp aku memang tak boleh berhenti makan, tiap masa kena mengunyahh, tp tetap teraa tue jugak tak gemok :D

so kira kira tinggal lg 2 bulan je lg nak practical sini, hmn hmn tak sabaqnyaaa. aku bukan letih buat account sangat, tp aku letih drive kereta, HAHAHA yealaa masuk office pukul9, pukul8 dah kena keluar office sebab office aku kt bandar sunway seberang jayaa. tue kalau tak jem 8.30 dah sampai, kalau jem pukul9 lebih pun tak sampai lg, balik kerjaa pukul5.30 tp sampai rumah 6.30 sebab apa? jemmeddd lahh :( haaa stress kod, nasib bukan manual kereta aku, kalau manual jenoh weyhh, pakai reyauu sakit kaki laa suruh mak urut. 

aku nie pulakk, kalau dah tunjuk jalan tue, jalan tue jlaaa aku tauu, HAHAHA kalau jalan yg aku selalu guna tue tutup, pakai taktau laa aku nk lalu manaa. serious weyh, aku nie kalau orang tunjuk jalan aku bukan nak ingat, tp kalau aku bawak konfem aku ingat sampai bila bila :D tp alhamdulillah, buat masa nie jalan yg aku selalu guna tak penah lg tutup, tp mohon takkan pernah tutup laa, HAHAHA aku nnti mati kutu jenoh nak bukak waze cri jalan. HAHAHA


takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

Friday 2 January 2015

tahun baru :)

Views


seriously aku excited sangat bila masuk tahun baru, rasa macam permulaan untuk hidup aku :P   alhamdulillah dah masuk 21 dah umur aku walaupun secara officially kan? orang lain taknakk umur meningkat tp aku nak, HAHAHA  sebab apa? sebab aku nak habis belajar cepat cepat and aku nak habiskan practical aku cepat cepat! TERSEKSAAA!  haa tue ja aku boleh cakapp. memang lah aku tak start lagi practical tp makin dekat 12 januari nie makin stress aku :( 


aku tak boleh nak bayang apa laa nasib aku bila start practical nanti, hmn hmn  kadang kadang aku yakin aku boleh jadi accountant yg baik but at the same time aku tak yakin! please fatin kenapa cepat sangat putus asa nie? y ? belum mula practical dh putus asa, nanti bila dah start menanges kod tak tahan stress! ingat sikit dalam hidup nie takda benda yg senang kalau nak berjayaa! ingat benda tue sampai bila bilaaa  *hmn in syaa allah aku cuba 


hari nie dah masuk 3hb kan? so tak lambat lg kod kalau nak ucap happy new year semuaaa :D semogaa tahun baru nie jadi tahun yg paling bermakna untuk kita semua :)  azam aku untuk tahun nie, please anyone tolong transfer lemak sikit kt aku, tak minta banyakk pun, nak 10kilo jaa bg kt aku :P AHAHHAA weyhhh stress thoo bilaa nak gemokk nie, makan mengalahkan orang gemokk tp hampehh dok teraa tue jugak :D AHAHHA


okay okayy, azam aku tahun nie aku cuma nak jd yg terbaik berbanding dengan sebelum sebelum nie :)  yealaaa  dh tuaa kod, cehhh takdak laa tua manaa, 21 je punnnnnn :D AHAHA   tp paling best bilaa makin meningkat dewasa nie  pesot pun tak halang aku nak pegi mana pun, mak? laagii lahh dari dulu lg, HAHA tp depaa dah warning dah, nak buat apa pun buatlah janji benda tue tak salah and jangan hilangkan kepercayaan family, tue je! okayyy baikkkkk bos :D  



tp pleasee aku nak p bercuti! HAHAHA kalau aku cakap benda nie lg skali dekat marka aku mauu kenaa sikuu :P halaaa berpuluh kali dok ulang benda yg sama :D AHAHHA   yeayy minggu depan bercuti sebelum start practical, i can't wait for it!   tp seriously aku cakap selagi tak dapat p tempat yg aku nak tue, lagi tue aku cakap nak bercuti, tp masalahnyaa satu jelaa bila dh start practical nie kenaa tunggu sabtu ahad atau public holiday jelaa baru boleh bercuti, hmn hmn but its okayyy, like do i care, jumaat sabtu ahad pun okay kod :D hahaha


takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

copyright by nurfatin khairul