Thursday 27 November 2014

malaysian typical -,-

Views


malaysian typical? pelik kan? eh bukan korang je yg pelik aku lagi la pelikk, serious sangat pelik. kadang aku pun tak faham perangai manusia nie, kenpa manusia suka judge seseorang tue dengan masa lampau bukan sekarang? semua orang ada hak untuk berubah, am i right? bukan nak tunjuk baik tp rasa kecewa gila bila kita berubah tp orang tak boleh terima, hmn hmn :( maksud aku? kalau aku bg dialog nie mesti korang faham maksud aku kan? tapi nama tue bukan nama sebenar *cewahhh bajet macam reporter pulak, HAHA

mirul : aten boleh tak nak jumpa kejap? ada hal lah nak cakap.
aku    : penting ke? tak boleh esok ke?
mirul : haah penting, kejap je. 
aku    : haa okay lah, bg 10 minit nak siap.
mirul : alah, kejap je tak payah la nak siap sangat.
aku    : kejap lah, nak iron tudung lg pakai tudung lg, sabar lah!
mirul : alahh, dulu boleh je keluar tak pakai tudung and now kenapa tak boleh? 
aku    : tue dulu, nak tunggu ke tak? kalau taknak sudah tak payah jumpa! bukan aku suruh datang -,-
mirul : hmn, yealaa cepat sikit.

faham tak maksud yg aku nak sampaikan tue? hmn sedih tau ada jugak manusia macam nie :( eh chup tp tue bukan nama betul and biarlah aku je yg tahu siapa orang tue. kadang aku rasa alahai kena ada sebab ke nak pakai tudung. Tahu tak macam mana susahnyaa aku mula mula nak start pakai tudung, yes weyh bertahun tak pakai lepas tue nak start pakai balik, dulu pak khairul selalu suruh aku pakai tudung and aku tak pernah nak dengar cakap dia, aku memang ketegaq sebab aku tak suka orang paksa aku, biar aku sendiri dengan rela hati nak pakai. Bukan setakat pak khairul je, orang lain pun selalu suruh aku pakai, tp dah aku tak bersedia, aku takmau bila aku pakai dengan tak rela lepas tue kejap je aku bukak balik, takmau la macam tue. 


sampaikan abah pun dah tak tau macam mana lagi nak paksa aku suruh pakai tudung, and pernah sorang nie cakap " boleh tak i nak u pakai tudung untuk i " aku tetap cakap, in syaa allah one day if im truly ready, i will. Tp aku pakai tudung bukan sebab terpaksa, and takda sorang pun yg paksa, tp hati aku sendiri yg rela nak pakai, tak sampai setahun lagi aku pakai tudung dah macam macam orang cakap,haih manusia manusia. Dulu bila tak pakai tudung orang asyik suruh pakai, and now bila dah pakai boleh pulak suruh bukak, tak kesha lah depan rumah ke apa, tetap aku pakai sebab aku memang niat nak pakai, kalau aku boleh hormat orang kenapa orang tak boleh hormat keputusan aku.


kalau sekali dua boleh terima, tapi nie macam melampau lah! aku delete semua gambar yg tak pakai tudung, semua social network takda satu pun gambar free hair, termasuk dekat phone mmbe membe, so as i wish, hormat keputusan aku, tak perlu sebab kenapa aku buat macam nie,  tolong support aku, jangan patahkan semangat aku! bukan berlagak alim, tapi cuma nak ingatkan, kalau takmau kawan sikit pun aku tak heran okay, tak rugi pun kalau hilang kawan macam tue. aku pernah nak kerja kt satu tempat nie sebab membe aku yg suggest, part time modeling, gaji semua okay tp satu je dy nak bukak tudung, eh eh macam nie pun ada, memang taklah aku nak terima. 



takan baca jer kod ? cerLike , cerkomen ! terima kaseh ^^

0 comments:

"/>
copyright by nurfatin khairul